Nuffnang Ads

#KisahSurah {Al Ikhlas}

.assalamualaikum.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Ketika saya (Rasulullah s.a.w) berisrak ke langit,maka saya telah melihat Arsy di atas 360,000 sendi dan jarak antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

"Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka 'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan"

Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w maka mereka sangat kagum.
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi :

"wahai para sahabatku apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat :"Ya,kami sungguh kagum ya Rasulullah s.a.w."

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Demi Allah yang jiwaku di tangannya, sesungguhnya 'Qul huwallahu ahadun' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s. 'Allahu shomad' itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s.,'Lamyalid walam yuulad' tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s.,'Walam yakun lahu kufuwan ahadun' tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barang siapa dari umatku membaca surah Al-Ikhlas maka diberi pahala membaca kitab Taurat,Injil,Zabur dan Al-Quran yang agung." 

Setelah Rasulullah s.a.w berkata demikian,maka baginda bersabda lagi :

"wahai para sahabatku apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat :"Ya Rasulullah s.a.w,kami semua kagum "

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :

"Demi Allah yang jiwaku di tangannya, sungguh 'Qul huwallahu ahadun' itu tertulis di dahi Abu Bakar As-Siddiq. 'Allahu shomad' itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq.,'Lamyalid walam yuulad' itu tertulisdi dahi Uthman Dzan Nuuraini dan 'Walam yakun lahu kufuwan ahadun' itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka diberi oleh Allah S.W.T pahala Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali r.a."

In shaa Allah , mudah-mudahan kita dapat menjadikan amalan dan menyampaikan kepada orang lain walau hanya sepotong ayat.
kita tidak perlu menjadi ustazah mahupun alim ulama untuk menyampaikan sesuatu.
cukup menjadi diri sendiri yang punyai kesedaran untuk berubah dari satu anak tangga ke satu anak tangga :)
.wallahua'lam.

sumber : AHMAD AMMAR,Tarbiyah Sesudah Kematian, MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM A.BADARUDDIN



p/s : sekiranya ada salah ,sila betulkan. :)




#Garam

assalamualaikum..

pasti ramai yang mengenali apa itu garam.
ada apa pada garam yang membuatkan saya tertarik untuk berkongsi rahsia disebaliknya ..??

Berdasarkan sumber daripada kuliah islam dan sains oleh Ust.Dr Jamnul Azhar ( Hospital Besar Kangar ),
disebalik amalan Nabi S.A.W "mencelup hujung jari dengan garam kemudian menghisapnya setiap kali sebelum makan" , terdapat beberapa kebaikannya.antaranya :



1. sumber mineral - sepert imana yang kita semua maklum(melalui pembelajaran sains) garam adalah sumber mineral yg diperlukan oleh badan. Menurut kajian seorang doktor perubatan Islam Hospital Kangar, Dr Jamnul Azhar..kandungan garam dihujung jari yg dihisap adalah bersamaan sebotol air mineral..jadi, mengapa bayar lebih? Jimat rm1.50 utk sebotol air mineral.

2. Penawar racun - garam boleh menawarkan racun/toksik yg masuk ke dalam badan. Cuba kita fikirkan, kenapa air kumbahan/sisa buangan tidak mampu mengubah warna air laut?
 Fakta: Air yg dimasukkan ke dalam badan di hospital seluruh dunia adalah air garam...

3. Pembatal sihir - garam boleh membatalkan sihir. (jangan lupa bawa garam dalam handbag kalau takut kene sihir ye!)

semoga ini dapat menjadi amalan kita bersama :)