Nuffnang Ads

#Buttercake

salam alaik wahai bakal penghuni syurga (amin)..
pejam celik pejam celik dah hari sabtu..maksudnya dah cuti.yeeehaaaa....
tapi aku kerja half day (huarghhhhhh)
disebabkan kerja aku siap cepat sangat pulak..so aku nak share resepi lagi sekali dengan gambar yang tak seberapa tu..

sebelum tu biar aku bagitau satu rahsia dulu..ehemm..sebenarnya,aku ni bukanlah rajin sangat nak masuk dapur (pftttt..eh.dengar dulu jgn reject jadi zaujah awak lagi) .... Tapi tapi tapi lepas kakak kesayangan (yakni mama akeef) sorang tuh dah kahwin , terus aku rajin masuk dapur.. masak itu ini.. baking pun bolehla ada skill tak.. kira skill masak aku ni cukuplah untuk buat awak bambam wahai bakal zauj..*eh

Ni resepi buttercake super delicious tuh :

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung serbaguna
1 buku buttercup *
1 cawan gula halusssss *
1 sudu besar esen vanilla
4 biji telur size sederhana *
 
Cara-caranya :
  1. cairkan buttercup ( semulajadi atau masuk microwave sajaa)
  2. gaul sekata bahan bertanda * (telur tu masuk sebiji sebiji , pukul sampai kembang)
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan kacau sekata.
  4. Lepastu, masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya senang nak gaul
  5. Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. (jgn lupa panaskan oven dulu tau sebelum bakar) --> 20 minit pertama api bawah sahaja --> 5-10 minit seterusnya api atas bawah
inilah dia hasilnyaaa... taraaaaa...




<--- rasanya plain ..semata rasa butter .texture gebu gebas

 
  
 Add  a little bit of nutella/ Cadbury and the taste a little bit yummyyyhhhh... -->



sorry for the bad image and not so yummy appearance :p as long as the taste was very nice .
ehemm..don't judge a book by its cover don't judge the taste by its presentation .

#kekCoklat Pisang

assalamualaikum awak yang manis bergula... (^-^)

Harini hakak manis macam madu nih *perasan nak kongsi resepi KEK COKLAT PISANG..
kalau ikut resepi asal namanya ialah Muffin Coklat Pisang.. tapi nasiblah kalau dah punya kekasih kurang rajin ni , takdelah kek ni jadi kecik kecik comelkan.. memang besar gabakla jawabnya...kuikuikui

kak..kau bukan ke tengah diet. apekejadahnya pi makan kek bagai ?? ehemm.. dik , akak cuma jaga tak makan lepas pukul 9pm je.. waktu lain akak bantai je makan pape.. klau ada gajah lalu pun akak makan..(yeksss)..
Nahla baca resepi dulu , pastu terus buat..kalau simpan je resepi ni sempat kot jadi pekasam nyumnyum

Bahan A :
2 cwn tepung serbaguna
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu the soda bikarbonat
1 sudu the baking powder
garam sikit
 
Bahan B :
1 cawan pisang (telah dilenyekkan)
1 cawan gula perang
1 cawan minyak (minyak bersesuaian,,jangan tauk minyak rambut)
2 biji telur

Kekdahnya :
  1. Ayakkan semua bahan A dalam satu bekas.pehtu gaul sekata.
  2. Masukkan bahan B ke dalam Bahan A tadi dan gaul sebati. rasa-rasalah nak manis takat mana..tapi pisang tu pun dah manis.
  3. Didihkan air lepastu kukus lah kek tersebut selama 20 minit atau sehingga masak.
  4. Hidang dengan senyuman barulah kek jadi extra manis :D
Percayalah bila mana anda ikut sebijik resepi ni..hasilnya amatlah memuaskan.. (ittew pun first time buat terus jiran sebelah nak lagi.sedap katanya,hehehe )

Alahai resepi ni pun akak amik kat BUKU 365 HARI y Chef Hanieliza tu.. buku tu best sangat beb..masak apa pun confirm 200% jadi dengan syarat kena ikhlas ....

Gambar takdalah pulah nak diselitkan..tak sempat pulak nak snap dulu, dah selamat bergembira dalam perut :)

#BFF

hey what`s up .. lets shake it off shake it off.. (aaah sudah pasaipa hoi)
Takde apepun..saja je tetiba otak ni tingtongting sikit dek kerana keboshanan..

Okeyh bebeyh harini iols nak cerita sikit (kompem jadi banyak nanti -_-) tentang one of my bff yang super hot nih.. Nama dia AINA SYAZANA ..Panggil Aina.. see..dekat dekat je nama..aina arina aina arina... nak cakap selalu tertukar tu takdelah tapi selalu salah dengar... engkau orang pun satu..panggil biarla jelas (padahal aku yang dengar)

puan aina syazana..eh..cik lagi ni..

Aku kenal awek ni dari form 1 lagi tapi mula rapat tu hujung hujung espiyemm.. sampailah masuk UiTM Shah Alam..kami satu bilik satu kelas..so memang jadi genglah kan.. kira 4 tahun jugalah aku jadi roommate dia.. for sure kau tak bosankan roommate dengan aku ?? (cepat cakap tak!)
Biasalah orang kata..kawan kat university ni akan jadi kawan for entire life...ecewahh... tapi aku ada je kawan lagi dua orang yang boleh digelar bff juga cuma tak selalu contact..(ermm.still bff kan sbb kita boleh share rahsia,ihiks)

Cumanya.dengan aina ni terlebih sikit bffnya.. aku rapat juga dengan family dia.. boleh kata kerap jugalah menempek kat rumah dia tu.. maklumlah rumah iols jauh uols (sob.sob) Baru-baru ni aku menempek rumah dia sampai seminggu lepas ikut rombongan menikah abang afiq.. sedara mara dia pun aku dah kenal..jiran-jiran pun aku dah kenal..depa pun dah kenal aku.. mostly will said that we look alike.. eleh..kalau abang afiq pun ingat aku ni dak aina..tak ke namanya memang kita orang ni seiras..cumanya.. dia snow white aku dayang senandung..opss..



arina.mama.ayah.aina
celebrate birthday ayah dengan aina
dayang senandung vs snow white

Aku dengan Aina nih , selalu share isu-isu yang kitorang rasa tak sesuai nak bagitau orang lain.. daripada hal remeh temeh contohnya baju takde tudung tak cantik hinggala ke isu cintan cintun spanar jaya dia.. (ihiksss) dia nangis ke ketawa berdekah ke marah macam hulk ke semua dalam poket aku je.. eleh senang kata macam adik beradik jugaklah.. pinjam pinjam tudung eventhough belum basuh pun oke je.. tapi tengok gakla..kalau yang dah guna waktu pergi jogging yang peluhnya boleh penuh sebaldi ,takdelah nak pinjamnya..

Tapi tak bermaksud kitorang tak gaduhkan ? asam garam beb kehidupan sebilik..sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri *eh .. cumanya gaduh kitorang ni takdelag sampai dua tiga hari..palinh lama pun adalah dalam 6 jam gittew.. perang dingin je pun.. tak bercakap.. tapi beli makan tetap beli bersama..nak makan pun masih lagi ajak makan sama-sama cuma tak bergosip je..hihuhihu..

okelah ini sedikit sebanyak mukadimah tentang awek ni..eh,bukan tulis sebab rindu pun... tak rindu pun.. betul ni..sesaja je (sob.sob.peluk bantal mucuk)


tiga adik beradik lain mak bapak
(arina,aina,kak farayuanna)

yang tak merinduimu ,
ArinaLee :)

#D.I.E.T (Part 2)

jeng jeng jeng... apa yang menarik sangat tuh sampai ada part 2 bagai..
haha..actually tak sempat taip plus working hours...takkan nak mengular..ye dak ??

Harini (23/10) ialah hari ke-5 aku berdiet..lebih kepada jaga makanlah senang kata..
dan Alhamdulillah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat..o.o.o.ooh (throwback zaman p.ramlee sat)
Berat dah kurang sikit..adala dalam 2-3 kg daripada angka 6 tu..(perghhhh...)

Cuma sekarang ni tak Berjaya nak berjogging je..xsempat beb.. balik kerja pukul 6 pastu pecut ala-ala sang kancil makan angina..adalah pukul 620 sampai rumah..pastu...main dengan baby akeef si demok demok... haaa...sebab tu kot aku ringan sikit...
kau bayangkanlaa merangkak satu rumah main kejar-kejar...gila tak penat..merecik peluh jantan hakak tau...

Dan yang lagi best..aku dah boleh pakai baju yang aku beli awal tahun ni..Nampak tak,,sis dah Berjaya..anda bila lagi..kuikuikui....
masalah aku sama macam gadis-gadis lain (hakak normal dik)
Tang peyot,,tang peha..tang pipi (3P senang kata).. aduhai..kalah ibu mengandung..selera makan pun kalah orang mengidam..

Tapi sekarang pandai dah..
nasi makan takat 1 senduk je..memang tak tambah..tapi lauk bantai cukup-cukup laa...
mujurlah aku ni bukan penggemar ayam..kalau makan pun memang bahagian isi semata..nikmat dia...perghhhhhhh.. sebab aku geli nak makan lemak liat-liat pastu ada urat-urat..erghhhhhhh.....

waktu makan pun mesti sebelum pukul 9pm.sepatutnya sebelum 8 tapi sis durhaka sikit..kasi can laaa.. 
apa-apa pun..ni baru perjalanan lima hari....hari-hari kedepan tak tahu lagi..nanti aku update...kalau tak Berjaya pun aku update jangan risau..
semoga semua orang sihat wal afiat tanpa lemak berlebihan,amin.. :D

aku xfollow lagi pyramid ni..in shaa allah nanti aku cuba

#D.I.E.T (Part 1)

assalamualaikum.....

selamat pagi sayangku..apa khabar dirimu..maafkan andai mengganggu lenamuu...( ala Elizabeth tan tak ?? :p )
eh ganggu ke.. dah pukul 9.30 pagi dah diknon hoi...takkan masih berlingkar atas katil..
aish..ni bakal mak mertua tau ni , 200% kena reject tau.. (^-^) lalalalala

Oke harini nak berkongsi story mory tentang D.I.E.T
elehh macam la aku ni kurus sangat...hakikatnya akulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling sexyyy,..( di baca : orang yang gemuk dan pendek )

kalau time sekolah menengah dulu... nak dengar orang panggil aku ARINA, memang takdelah..
majority dok panggil MOK.. weyh MOK.. MOK aku nak pinjam homework kau yang dah siap..MOK nanti ajar aku add math.. dan blalallaalaa..

dan nama paling unik aku rasa aku dapat ialah GEMPEN (gemok+pendek) ... haa ni daripada ahli homeroom aku..shafieza gojes namanya.. kalau orang yang jenis tacing-tacing lebih ni,,confirm merajuk sepanjang tahun.. tapi aku oke je.. aku rasa macam aku dalam kalangan orang yang special dalam diri dia..(eececceec,,muntah sekarang )
Haaa itulah serba sebanyak tentang zaman silam aku... ( acah acah dah satu abad )

Baiklah,Perihal diet ni tak boleh dibuat main.. kalau Tanya kat orang yang salah..
boleh jadi perang dingin woooo....
Aku ni sebenarnya tengah berusaha untuk dapatkan berat badan ideal which is 48-52 kg only...
But,im not at that range..not even close at all ( sob sob)
Q: Adakah arina OVERWEIGHT ???
A: (YES)

Bahagia mungkin sebab ada anak menakan super duper hot macam Akeef... ( terharu please wahai Akeef )
Zaman sekolah dulu cakap nak diet bila kat university..bila dah masuk university cakap nak diet bila dah kerja.. laa ni bila dah kerja takkan nak cakap tunggu dekat nak nikah baru nak diet..sedarlah arina hoiiii...( ketuk-ketuk ramadhannn.....eh..ketuk-ketuk bantal)

hurm..
entry kali ni aku share gambar aku yang kurus kononnya hinggalah yang terkini..
next entry aku cerita macam mana flow kejayaan aku berdiet (berjayakah?)

sekian,


Tahun 2010
Tahun 2008
Tahun 2009
Tahun 2011
Tahun 2012
Tahun 2015






#AkeefDaiyan

salam alaik....tudiaa....berkurun lama kurasakann....(eceecee..fefilin karaoke pulak)

selepas post terakhir tentang bakal anak menakan..sekarang baru teringat diriku ini punyai blog..
*ehem..Nampak tak busy dia tu cam mana..kuikuikui

Yes,im an aunt now..woot woot..correction..hot setap gojes bak ang aunty to Akeef Daiyan..
Dah nak setahun dah pun budak demokk nih..
dulu kekonon nak tulis setiap bulan rutin ceghita akeef la kehkonon..tapi hampehh..
tahukan akeef bahawa ummi mu ini sangatlah busy kalah pak mentri.. :p

UMMI ?? bukan anak kau hokeyhh arina woi...
eleh  suka hati akulah...anak menakan aku kan ? bukan kau ... (acah gangster,,,takut tak?)

Ok ok balik ke baby demok tu.. Alhamdulillah akeef sekarang membesar dengan jayanya..
dan jadi begitu clingy bf for ummi dia..pantang nak tinggal kejap pun..teghiak dia walawei macam jauh nau....padahal sebelah rumah je pon... kemon la akeef.. drama sangat tauu...

So far akeef dah boleh meniarap,merangkap dan bertatih...jalan ??
aaa...memang jadi persoalan betuii...malaih ya amat..setakat dua langkah je dia mau...umur dekat setahun pun tak boleh jalan lagi...ikut pak dia laaaa ni...hewhewhew

aaa..apa lagi nak bagitau erk..xtau nak mula dari mana sebab terlalu lalu lalu banyak kalau aku nka cerita tentang akeef nih...
jadinya,nah ummi belanja gambar akeef daiyan demok comey...

pink kauuuu...Nampak macam gegirl dah haa...

aucakkkk...!!

ummi & akeef


Semoga ummi terus rajin untuk mengetuk keyboard selepas ini supaya tiada lagi serawang menghinggap ..kalau kumbang yang hinggap,,ummi on jeee..kuikuikuii...


salam kasih sayang,
 arinaLee :)