Nuffnang Ads

Prasangka 2

yaa..mungkin ini hanya sementara
engkau dipinjamkan untuk aku
untuk aku lebih mengenal manusia
manusia yang penuh agenda
agenda yang hanya engkau sendiri yang tahu
.................................................................................................................
Tak mungkin lagi untuk aku percaya
percaya dengan helah bicaramu
bicaramu yang lembut dan manja
mustahil untuk aku percaya denganmu
semoga engkau lebih mengerti
apa yang kau inginkan dalam hidupmu
walau mungkin ia mengambil masa
jangan engkau berputus asa
.........................................................................................................................


Prasangka

Kenapa engkau yang aku kenal
kenapa engkau yang rapat denganku
selepas satu datang dan pergi
engkau pula muncul sebagai ganti
aku sendiri tak mengerti
apakah petanda yang Allah uji

Polosnya wajahmu buat aku terpegun
Bidadari manakah yang Allah kirim untukku
Menjadi sahabat perjuangan sebagai Mujahidah
untuk memimpin kejalan yang benar

Saban hari kita bergelak ketawa
berkongsi cerita suka duka
makan bersama-sama
tapi mungkinkah ianya hanya sementara..
....................................................................................................................................................

#PenghuluHari

Assalamualaikum pembuka bicara
menyapa saudara dengan mesra
semoga hidup riang gembira
di hari jumaat penuh ceria

eeeeewaaaaahhhhhh...

satu dua tiga empat,
bagilah pendapat..(ala-ala jarjit kawan upin-ipin)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Coretan ini sebagai peringatan buat saudara-saudari..
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak panjang dan jauh seperti yang kita bayangkan..
Malah tidak bercahaya dan ceria seperti yang digambarkan..
Tapi kita bisa mencorakkan kehidupan kita menjadi pelangi yang berwarna warni dan tiada penghujungnya...
Tapi bagaimana ??

Dengan cara mengagungkan Allah S.W.T ..
Solat,Zakat,Sedekah,Amal Jariah
Buangkan Sifat Mazmumah,Tanamkan Sifat Mahmudah
In shaa allah, kehidupan kita lebih tenang,gembira dan diredhai..aminn..


#FitnessChallenge #MSAMSimeDarbyWalk2016

salam dunia...
ketahuilah bahawa cikna dah berjaya selesaikan 5.5km Sime Darby Walk..
Ini adalah program kedua yang cikna join yang dianjurkan persatuan khas bukan di bawah program universiti
cikna sukaaaaa...

Cikna bangun awal pagi tau sebab so excited..
ingatkan warga manjung ni bangun lambat-lambat..
rupanya,,elok cikna sampai saja kat stadium MPM ni..
selambak manusia sudah pun berhimpun..
huh..menangis tiak-tiak cikna nak redha lautan manusia untuk dapatkan baju PERCUMA !

Kita tengok-tengok sikit gambar-gambar cikna kat program ni..

abg firdaus(cousin),adik,mak & cikna

muka bahagia mak di garisan penamat

cikna pun bahagia juga, tu yang pipi habis terkeluar dari sarung..huhuhu

sementara menanti cabutan bertuah..hampehhh...xbertuah langsung
 Sebelah malam kita berjalan dalam aeon pulak...hihihi
tak padan dengan kaki dok lenguh nyut nyut... :p


cikna & mak

kita layan tengok movie HUNTSMAN The Winter Worrior..
perghhh..layan bak anggg...seronok sangat-sangat..
tak rugi rasa...huhhuuhuuh

Sampai sini dulu pokpek cikna , nanti kita story mory lagi.
*cikna tak  sabar nak jumpa BFF cikna yang jauh di nilai tu...

#FitnessChallenge #Day2 #Day3 #Day4

hai....dah kenapa cikna combine sekali cerita fitness challenge nih...???
sebabnya buat benda yang sama saja...

jejoget aerobic....muuuaaahhhh....

dah lebih setahun tinggal profession ni..tetiba cikna memaksa kudrat cikna untuk join semula..
mula-mula tu otot otot taknak bagi kerjasama..
keras dan kaku
Tapi lama lama tu okey dah...
havoc u know...
hihihihiihihiiihihi

mesti ada yang akan kata..tak nampak perubahan pun ???
kalau tengok tang muka cikna..memang xkan nampak perubahan lah....
muka tak sudi nak bagi kerjasama untuk  lebih tirus seperti muka anzalna...miaahahhaha..



FitnessChallenge #Day1



Hari 1

Tidak banyak yang perlu dikatakan..
sekadar makluman yang cikna dan mak telah berjaya memulakan langkah pertama kami petang semalam (07/04/16) ...

Setelah sekian lama merancang untuk mendapat badan yang sihat dan cergas, akhirnya semalam adalah hari permulaannya..Ini pun sebab cikna yang beria-ria ajak mak pergi not-so-jogging kat Padang Astaka..
Kenapa cikna beria-ria benar haaa ????

Cikna ni beria benar sebab nak masuk MASM Walk 5.5km hari Ahad depan... jadinya setelah sekian lama tak bersukan, stamina pun dah makin kureng.. huhuhuhu..

Cikna akan cuba jadikan amalan berjogging ni sebagai rutin mingguan.. Cikna pun teringin juga nak ada bentuk badan persis pelakon Anzalna tu..tapi sudah pasti sangat mustahil...Jadinya cikna cuma harap dapat bentuk badan macam pelakon Zara Zya pun buleh jugaa....miahahhahaah...




Mak (Nora)

Cikna
Semoga Cikna tidak putus asa !!! 
P/S : Air Putih kena minum banyak-banyak ya...

#BihunGorengPalingSimple

Morning everybody...
Harini cikna nak kongsi resepi paling simple,mudah & cepat..
Tak kongsi pun kalian tahu dah macam mana nak buat..
tapi bagi adik-adik yang baru mula nak masuk dapur..
cikna yakin 200% mesti akan google resepi walaupun kacang tahap gila gila....('-')

Ini menu cikna harini (7/4/2016) ... 
Bihun Goreng Paling Simple...
30 minit pun boleh siap dah (ini kalau kau baru terhegeh-hegeh nk potong bahan pagi2 mcm cikna..hihihi)

Bahan-Bahan :

Bihun ( direndam semalaman)
Carrot (potong panjang)
Daging (dihiris kecil)
Ayam (dihiris kecil)
Bawang putih (tumbuk)
Cili padi (tumbuk)
Perasa
Minyak
Air

Kaedahnya :

1) Gigihkan diri menumbuk cili padi dan bawang putih..kalau tak cukup gigih..takpa blender je..
2) Panaskan minyak , lepastu tumis bahan yang dah ditumbuk tadi..
3) Kemudian masukkan ayam , daging , carrot dan perasa..
4) Tambah air sedikit , lepastu masukkan bihun..
5) Gaul sebati..kalau tak cukup rasa..tambah2 lah ye..

*Kuantiti bahan cikna agak2 je..ikut suka tekak..

Hasilnyaa <3

Maafkan cikna sebab gambar langsung tak menyelerakan..sesungguhnya cikna xreti nak posing...apatah lagi bahan makanan cikna..lagilah kaku..hihuhihu..

#WED-nes-DAY

whislist...i guess...

care & love toward someone special other than my family

getting married & enjoy my life

carrying a baby in my uterus..pregnant..

have a very happy family forever..




#TerasakahAku

Bila kau mula bicara..
aku tersenyum..
aku yakin segala ucapanmu indah belaka..
puji pujian kau terhadap aku..
senyuman kau lemparkan kepadaku..
sungguh aku terpesona..

Sedikit sebanyak aku terbuai buai mimpi
mimpi indah yang aku cipta sendiri
walaupun takkan terjadi
aku pasti satu hari nanti
bakal menjadi realiti

Tapi bila kau mula meninggi suara
hatiku lantas berduka lara
air mataku persis mutiara
sebagai ganti hatiku bicara

Salahkah aku ?
Egokah aku?
Cengengkah aku ?
atau
Terasakah aku?

Mungkin jawapannya hanya ada padaku
jadi, jangan kau bimbang tentang diriku
Kerana aku tahu apa yang terpendam di lubuk hatiku

#Kau

Ingin aku katakan..
kau seorang kawan yang baik..
punyai ciri dan habit persis aku..
tidak berkira tentang duit..
apatah lagi makan minum..
wajah polos kau buat aku percaya..
kau punyai hati yang bersih..
pertuturan yang manis..
pemikiran yang positif..

TAPI...

itu hanya apa yang aku rasa...
selepas sebulan kenal diri kau..
ada sesuatu yang mula berubah..
pemikiran kau semakin negatif..
pertuturan kau semakin kasar..
hati kau semakin gelap..penuh kebencian..

NAMUN..

aku cuba bertahan..
mungkin ada makhluk yang cuba kuasai diri kau..
semakin aku biarkan kau..
semakin kau menjadi gila..
memang gila...kau langsung benci orang lain..
dan kau berdendam..
dendam kau terhadap orang lain..
termasuk aku..

LAMA-KELAMAAN..

kau mula tunjukkan diri kau..
diri kau yang sebenar..
tiada lagi sandiwara..
aku tak percaya..
tapi..itulah hakikatnya..

JADI..

Aku Hanya Mampu Berdoa Kau Berubah..
Cantikkan Hati kau Secantik Wajah kau..
Walau Aku Bukan Sempurna Jua..
Ini Juga Pesanan Untuk Diriku..