Bila kau mula bicara..
aku tersenyum..
aku yakin segala ucapanmu indah belaka..
puji pujian kau terhadap aku..
senyuman kau lemparkan kepadaku..
sungguh aku terpesona..
Sedikit sebanyak aku terbuai buai mimpi
mimpi indah yang aku cipta sendiri
walaupun takkan terjadi
aku pasti satu hari nanti
bakal menjadi realiti
Tapi bila kau mula meninggi suara
hatiku lantas berduka lara
air mataku persis mutiara
sebagai ganti hatiku bicara
Salahkah aku ?
Egokah aku?
Cengengkah aku ?
atau
Terasakah aku?
Mungkin jawapannya hanya ada padaku
jadi, jangan kau bimbang tentang diriku
Kerana aku tahu apa yang terpendam di lubuk hatiku
No comments:
Post a Comment