Nuffnang Ads

#SOTO resepi memikat mertua JDT

assalamualaikum..JDT !!! Luaskan kuasamu......
eh eh..hg orang Kedah la arina oi..acah acah JDT pasaipaaa..
hahahhaa.. biarlah..actually im trying to tackle your mom lah...kkikiki..
Tapi sanggupkah aku tinggal berjauhan daripada keluarga tercenta ?? eh tak2.awak lah sanggup ke nak tinggal kat perak dengan saya.. :p

okeylah sempenan deepavali semalam.. tangan kecik molek saya ni rajin pula nak berketung ketang kat dapur...rajin ke ? tak tak sebenarnya tekak yang teringin dan takda sapa pun nak layan tekak ni..sedih.. tsk tsk..

Jadinya diri yang kecil lagi renek ini terusla selak menyelak buku resepi 365Hari yang Chef Hanieliza tulis tu.. perghh membantu sangat... sekelip mata je jadi..kaching kaching..


Nampak sedap kan ? memang sedap okey.
resepi dia semudah XYZ beybi girl hoi..
 
Bahan Kuah
isi ayam (agak2 nak banyak mana)
5biji bawang merah(ditumbuk)
3ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia(ditumbuk)
3batang serai(diketuk)
bunga lawang*
bunga cengkih*
kulit kayu manis*
buah pelaga*
*sup bunjut je aku guna..kikiki
satu peket rempah kurma adabi(kecil)
air secukupnya
garam sesedap rasa
 
Caranya :
Tumis sikit bahan yang diketuk dan ditumbuk.Kemudia masukkan semua bahan tu dan masak sehingga ayam menjadi lembut.
 
Bahan Kicap Cili
15-20batang cili padi (ikut kepedasan yang diinginkan)
2ulas bawang putih
kicap manis
sup/air
 
Caranya :
Sangai cili padi dan bawang putih sekejap je tau.Kemudian blender sekali dengan kicap manis dan sup/air.Aku guna Sup soto tu barulah rasa dia umphhhh..
 
Bahan Bergedil
5biji kentang direbus dengan kulit(basuh bersih dulu ye)
daging kisar ramly ( masakkan sikit tanpa minyak)
garam secukupya
lada sulah
telur
 
Caranya :
Lenyekkan kentang yang dah direbus,kemudian gaulkan sekali dengan daging kisar dan segala bahan lain. kalau nak pedas,tambahkan cili padi beberapa batang.Bila dah gaul sebati tu, bentukkan lah jadi bulat ke bujur ke bintang ke bulan ke asalkan dia berbentuk. Lepastu salutkan dengan telur dan goreng dalam minyak yang panas.
 
Finishing
Celur mee/bihun dan taugeh.Letakkan dalam mangkuk yang cantik lagi indah supaya selera makan tu lebih sikit.. Tuang kuah dan hiaskan dengan daun bawang,daun sup,ayam yang diracik,bawang goring dan bergedil. Perghhhh...sedapnyaa
 
Sekian.
Saya berharap mak mertua Johor akan terpikat dengan kebolehan saya untuk mengorat selera mak
(^-^)

#ColgateMenentangWhitehead

Assalamualaikum.

Selamat Pagi,,,hello...
teman adik disini...pamperssss...(pengaruh iklan kuat nih)

so amaciamm dengan harini isnin yang indah lagi bersinar ini....
ehem.. takkan Monday bluessss kot (arghhhh..memang,,naknak esok cuti deepavali pulak)
apakan daya...hidup mesti diteruskan...ecewahh ayat sedapkan hati Nampak...kikiki

ok tentang Colgate... iyee colgate yang kau orang guna untuk tenyeh gigi tu..
kenapa pulak boleh menentang whitehead ? serious r serious r ?
hey dey,, saya sudah cubalah itu pasal saya berani mau kasi cerita....

For those that knowing me inside out (blerghhh) mesti tau masalah muka yang flawless (dibaca : macam kawah bulan) ni .. walaupun tak teruk mana tapi boleh la membuatkan aku stress sampai taknak keluar rumah... gittewww...

jadinya semalam apabila diri ini bersendirian memandangkan mak abah balik kampong , aku pun gigihla tempek bedak sejuk kat muka.. lepastu bila dah lama tu pergilah basuh tapiiiiiiiii.....
whitehead tu masih disitu..dia macam mengganggu gila kat muka nih.... tetiba aku teringat my bff cakap "nanti nak tempek colgate kat muka,boleh hilangkan whitehead"..

Jengjengjeng...aku pun cuba..kikiki.. pedih berangin sikitla kat muka..jangan tempek dekat dengan mata pulak..pedih bak ang... aku pun dengan bangganya watlek watpis tengok gegar vaganzaaa sambil muka bertempek colgate tu... agak2 dah kering tu aku pergi basuh muka....
and guess what... NO MORE WHITEHEAD yang obvious tu..perghh..bahagia noksss...

aku rasa nak kena consistent tempek colgate tu untuk dapatkan hasil menarik..kikiki..
tapi jujurnya aku tak tahu dia punya negative side effect.. kalau kau orang try lepastu dpr negative,mohon jangan salahkan aku.. aku berani cuba sebab kulit muka aku langsung tak sensitive..

Dan itulah kisahnya....semoga kau orang pun terus cantik meletopss kebabomm inside out.... jangan meleTOP outside je..  :D

#SPM

omaigaddd....esspiyemm beb.. inilah peperiksaan yang paling susah kat Malaysia ni..(ehemm kadang-kadang soalan nak makan kat mana pun bole jadi paling susah jugak nak jawab , teheeee)

Aku dulu pun Alhamdulillah result okelah boleh tahan.. tak teruk pun tapi tak cemerlang sangat juga... Tapi kira lepaslah untuk masuk Universiti  cuma kurang bertuah je sebab tak dapat pinjaman mahupun biasiswa..(sob.sob.)

Untuk adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM tahun ni.. hakak yang manis ni nak ucap

semoga,cinta bersemi,
semoga cintamu kan dekat padaku..
asmarakan mengundang tanpa mengira waktu,,
jawablah kukatakan mengapa...

Eh, laa.hakak terkaraoke pula.maklumlah suara macam katak panggil hujan kan..kikikiki....
Baiklah , akak doakan semoga adik-adik Berjaya menjawab soalan SPM tersebut dengan jayanya..amin.. tak perlulah nak berjaga malam a.k.a stayed up untuk revision.. tidur yang cukup itu penting supaya otak menerima oksigen secukupmya keesokan hari .. barulah jawapan adik-adik nanti gempak-gempak sehinggakan examiner boleh tanda kertas sambil tutup mata.. huhuhuhu...

Yang emgkau orang yang dah selamat dapat result gegempak tu.. tak payah lah pi psiko adik-adik  cakap , "SPM tu kacang je weyh.." " ala..soalan SPM tu celah gigi je.mesti boleh jawab punya.."
ehem..amboi..dulu kau pun bukan main cuak gabra nak duduki SPM tau..
Tapi tak bermaksud kau orang kene down kan adik-adik ni.. kau orang bagilah kata-kata semangat supaya adik-adik ni terlajak yakin..eh..jangan yakin sangat..yang penting usha dan tawakal ye..

chaiyok! chaiyok!