Nuffnang Ads

#BFF

hey what`s up .. lets shake it off shake it off.. (aaah sudah pasaipa hoi)
Takde apepun..saja je tetiba otak ni tingtongting sikit dek kerana keboshanan..

Okeyh bebeyh harini iols nak cerita sikit (kompem jadi banyak nanti -_-) tentang one of my bff yang super hot nih.. Nama dia AINA SYAZANA ..Panggil Aina.. see..dekat dekat je nama..aina arina aina arina... nak cakap selalu tertukar tu takdelah tapi selalu salah dengar... engkau orang pun satu..panggil biarla jelas (padahal aku yang dengar)

puan aina syazana..eh..cik lagi ni..

Aku kenal awek ni dari form 1 lagi tapi mula rapat tu hujung hujung espiyemm.. sampailah masuk UiTM Shah Alam..kami satu bilik satu kelas..so memang jadi genglah kan.. kira 4 tahun jugalah aku jadi roommate dia.. for sure kau tak bosankan roommate dengan aku ?? (cepat cakap tak!)
Biasalah orang kata..kawan kat university ni akan jadi kawan for entire life...ecewahh... tapi aku ada je kawan lagi dua orang yang boleh digelar bff juga cuma tak selalu contact..(ermm.still bff kan sbb kita boleh share rahsia,ihiks)

Cumanya.dengan aina ni terlebih sikit bffnya.. aku rapat juga dengan family dia.. boleh kata kerap jugalah menempek kat rumah dia tu.. maklumlah rumah iols jauh uols (sob.sob) Baru-baru ni aku menempek rumah dia sampai seminggu lepas ikut rombongan menikah abang afiq.. sedara mara dia pun aku dah kenal..jiran-jiran pun aku dah kenal..depa pun dah kenal aku.. mostly will said that we look alike.. eleh..kalau abang afiq pun ingat aku ni dak aina..tak ke namanya memang kita orang ni seiras..cumanya.. dia snow white aku dayang senandung..opss..



arina.mama.ayah.aina
celebrate birthday ayah dengan aina
dayang senandung vs snow white

Aku dengan Aina nih , selalu share isu-isu yang kitorang rasa tak sesuai nak bagitau orang lain.. daripada hal remeh temeh contohnya baju takde tudung tak cantik hinggala ke isu cintan cintun spanar jaya dia.. (ihiksss) dia nangis ke ketawa berdekah ke marah macam hulk ke semua dalam poket aku je.. eleh senang kata macam adik beradik jugaklah.. pinjam pinjam tudung eventhough belum basuh pun oke je.. tapi tengok gakla..kalau yang dah guna waktu pergi jogging yang peluhnya boleh penuh sebaldi ,takdelah nak pinjamnya..

Tapi tak bermaksud kitorang tak gaduhkan ? asam garam beb kehidupan sebilik..sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri *eh .. cumanya gaduh kitorang ni takdelag sampai dua tiga hari..palinh lama pun adalah dalam 6 jam gittew.. perang dingin je pun.. tak bercakap.. tapi beli makan tetap beli bersama..nak makan pun masih lagi ajak makan sama-sama cuma tak bergosip je..hihuhihu..

okelah ini sedikit sebanyak mukadimah tentang awek ni..eh,bukan tulis sebab rindu pun... tak rindu pun.. betul ni..sesaja je (sob.sob.peluk bantal mucuk)


tiga adik beradik lain mak bapak
(arina,aina,kak farayuanna)

yang tak merinduimu ,
ArinaLee :)

No comments:

Post a Comment